Pages

Pages

Sunday, 28 June 2015

Apakah yang terkandung di dalam air paip?

Air paip boleh mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tercemar dari beberapa sumber. Sebahagian daripada bahan tercemar ini mempunyai kesan buruk ke atas rupa, bau dan rasa air minuman itu yang berbahaya kepada kesihatan kita.
Memasak air dari paip tidaklah membersihkan air itu dan tidak juga memberi kesihatan yang baik pada kita. Ia hanya untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalam air paip itu sahaja. Tetapi, bahan-bahan pencemar yang lain seperti kotoran, bahan kimia, karat, plumbum dan lain-lain masih ada bersama-sama dengan bakteria yang telah mati.
Pencemaran alam semula jadi dari hakisan tanah dan hujan boleh mencemarkan air paip kita. Selain itu, habuk, asap dan racun dari kemudahan industri, racun daripada pertanian, dan juga sisa haiwan boleh mencemarkan air minuman kita. Contoh bahan pencemar yang mungkin berada di dalam air paip adalah,
AQUATECOCT-796x1024
Racun serangga dan Racun Tumbuhan
Pencemaran daripada kilang-kilang dan penggunaan daripada pertanian yang mampu memasuki bekalan air bawah tanah kita dengan mudah.
Baja dan Nitrat
Ianya daripada baja tanaman dan juga sisa-sisa haiwan. Nitrat ini amat berbahaya  terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia tiga bulan.

Bahan yang ditambah oleh pihak berkuasa air untuk merawat bekalan air kita adalah,
Klorin
Klorin digunakan sebagai pembasmi kuman untuk menghapuskan bakteria dan mikro-organisma berbahaya yang lain.
Fluorida
Bahan kimia yang ditambah untuk melindungi daripada kerosakan gigi.
Aluminium
Aluminium ini ditambah untuk membuat air kelihatan lebih jelas.

Bahan Pencemar Dari Paip,
Air bergerak dari loji rawatan air ke rumah kita melalui rangkaian paip, termasuk di rumah kita sendiri. Sebahagian daripada paip ini mungkin telah digunakan selama lebih 50tahun. Jadi paip ini boleh mengandungi pelbagai bahan tercemar yang boleh memasuki bekalan air kita. Antaranya ialah,
Kotoran, karat, pasir, lumpur, lumut, dan juga lendir-lendir
Bahan tercemar ini membina selama beberapa tahun dan boleh menyebabkan air yang kotor atau lebih teruk lagi. Ia akan menjadi lebih ketara apabila paip air pecah atau digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan.
Tembaga dan Plumbum
Akibat daripada paip air yang lama berkarat, paip ini terhakis dan berlaku pencemaran air yang memasuki ke dalam rumah kita. Pencemaran ini telah dikenal pasti sebagai amat berbahaya kepada kesihatan.
Parasit Tahan Klorin
Terdapat beberapa protozoa yang tidak mampu dibunuh oleh klorin. Ianya adalah Giardia dan Cryptosporidium yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan di perut jika berada di dalam badan kita.

Air Botol VS Air Paip

tap-bottled-water
Mana satu yang anda minum? Kebanyakan orang minum kedua-duanya.  Ketika keluar berjalan-jalan atau pergi ke tempat kerja, mereka lebih suka membeli air botol. Apabila berada di rumah, kebanyakannya menggunakan air paip untuk mendapatkan segelas air yang bersih. Walau bagaimanapun, tidak satu pilihan ini mungkin menjadi penyelesaian yang baik, bergantung kepada jika anda menggunakan sistem penulenan air atau tidak. Tetapi jika anda percaya bahawa air botol lebih sihat untuk anda, anda mungkin tersalah kerana air botol juga boleh tercemar.
Adakah anda tahu kandungan di dalam air botol? Tiada siapa yang harus percaya bahawa air botol dikawal dengan baik atau lebih baik untuk diminum daripada air paip. Sudah tentu ia bergantung kepada jenis air yang anda membeli dan kualiti air minuman itu.
Sesetengah orang minum air botol yang dilabelkan sebagai “Spring Water” dan menganggap air itu datangnya daripada sumber yang asli. Kebanyakan syarikat membuat air botol hanya dengan menggunakan air paip dan ada diantaranya menggunakan air Reverse Osmosis (R.O).
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa perlu membeli air botol sedangkan ia bukanlah air yang baik untuk kesihatan dan harganya juga lebih mahal berbanding air paip. Hakikatnya, air paip juga bukanlah pilihan yang baik untuk anda. Air ini dirawat dan mungkin mempunyai bahan-bahan kimia dari kilang pembuatan, toksin daripada ubat-ubatan yang dibuang, pencemaran sisa-sisa air, dan bahan-bahan kimia yang ditambah kepadanya seperti klorin yang boleh menghasilkan toksinnya sendiri.
Kesimpulannya, kedua-dua jenis air ini bukanlah pilihan yang baik. Malah ia lebih memudaratkan kesihatan. Jadi cara yang terbaik adalah mencari satu sistem yang dapat menukarkan air kepada air alkali yang bersih dan dapat menghasilkan air yang berkualiti.

Apa kata doktor tentang air Kangen ?

Dr. Hiromi Shinya, MD
shinya1
Dr. Shinya adalah seorang profesor klinikal pembedahan di Kolej Perubatan Albert Einstein di Yeshiva Universiti, Ketua Perubatan di Pusat Perubatan Beth Israel di New York, Naib Pengerusi Persatuan Perubatan Jepun di Amerika Syarikat dan juga pengarang kepada buku kesihatan nombor 1 antarabangsa “Enzyme Factor”.
Katanya, “Air adalah penting untuk kesihatan anda. Minum air yang baik terutamanya air yang mempunyai banyak kalsium dan magnesium mengekalkan tubuh anda pada pH alkali yang optimum.”
“Air alkali Kangen adalah air yang kaya (pH 8 – pH 9) , dan dianggap sebagai air minuman yang terbaik kerana kuasanya yang tiada tandingan dalam penghidratan, detoksifikasi dan anti pengoksidaan.”

Dr. Horst Filtzer, MD
doctors_horst
Beliau adalah seorang pakar bedah Vaskular, menerima ijazah MD dari Universiti Harvard pada tahun 1965. Pengerusi Jabatan di Hospital Cambridge dan Pengarah kepada Wound Care Center di Pusat Perubatan WIlayah Arizona Barat.
Kata beliau, “ Semasa saya minum Kangen Water, saya mengalami sesuatu yang tidak pernah saya alami sebelum ini, saya suka sangat. Setelah saya siasat mengenai produknya, konsep air ion, konsep pengalkalian dalam sel-sel badan, saya menjadi lebih yakin bahawa ini adalah produk yang mempunyai nilai mutlak untuk semua manusia”.
“Saya menyokong Kangen Water sebagai seorang doktor, sebagai seorang pakar bedah, sebagai seorang manusia, 100%. Saya rasa ia memberikan manfaat besar kepada semua manusia. Saya hanya mengesyorkannya dengan cara yang paling tinggi.”

Dr. Corinne Allen, MD
corinne-allen
Dr. Corinne Allen adalah seorang penyelidik antarabangsa dan pengamal kesihatan semula jadi dan nutrisi. Beliau dikenali dengan kaedah semula jadi untuk kesihatan dan merangsang perubahan kekal dalam otak dalam disleksia, ADD, autism, sindrom Asperser, masalah pembelajaran, isu-isu akademik & tingkah laku & kecederaan otak. Beliau menjalankan Advanced learning & Development Institute.
Kata beliau “Keradangan otak boleh berlaku dari banyak sebab-sebab termasuk kecederaan kepala, kelahiran pra-matang, kekurangan oksigen dan pelbagai jangkitan. Selalunya mereka yang mempunyai cabaran otak seperti autism dan Aspergers adalah kerana mereka hampir tidak meminum air setiap hari.”
“Kangen Water telah menyediakan pelanggan saya dengan sumber anti oksidan yang kuat dan penghidratan yang lebih baik. Dalam program kami, kami telah memerhatikan bahawa jangkaan terapeutik telah melebihi dengan ketara dengan penambahan Kangen Water untuk pelan rawatan.”

Dr. Dave Carpenter, ND
images
Beliau adalah ahli kepada Idaho Association of Naturopathic Physicians. Beliau kini merupakan President of the International Iridology Practitioners Association (IIPA). Beliau juga adalah ahli akupuntur berlesen dan ahli kepada Akademi Perubatan Akupuntur Antarabangsa. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Perubatan Naturopathic Amerika, Persatuan Akupuntur Idaho, ahli fakulti di Institut Kesihatan Semula Jadi Intermountain, graduan Kolej Sains Perubatan Amerika Tengah sebagai doktor perubatan Naturopathic, dan juga graduan Akedemi Antarabangsa Perubatan Akupuntur.
Kata beliau, “ Selama bertahun-tahun saya telah membeli dan menggunakan ionizer yang berbeza dari pelbagai syarikat. Sehinggalah saya diperkenalkan kepada ionizer yang dibuat oleh syarikat Enagic, saya dapati ia mampu menghasilkan air heksagon pada peratusan yang cukup tinggi sehingga hampir semua orang yang minum perasan akan perbezaannya.”
“Saya yakin bahawa meminum Kangen Water dengan jumlah yang mencukupi adalah tindakan yang pling berkesan seseorang boleh lakukan untuk kesihatan mereka.”

Dr. Otto Warburg Heinrich
warburg-pic
Beliau adalah ahli bio kimia dan juga merupakan pemenang Nobel Prize pada tahun 1931 kerana penemuannya mengenai punca kanser.
Kata beliau, “Semua sel-sel normal mempunyai satu keperluan mutlak untuk oksigen, tetapi sel-sel kanser boleh hidup tanpa oksigen . Tisu kanser adalah berasid, manakala tisu yang sihat adalah beralkali.”
“Air boleh dibahagikan kepada H+ dan OH, jika ada (jika badan itu mempunyai) akses H+, ia adalah berasid, jika terdapat akses OH-, maka ia adalah alkali.”

Badan Berasid Punca Kanser

alkaline-body
Jika keadaan cecair selular tambahan terutamanya darah menjadi berasid, keadaan fizikal kita akan keletihan, mudah selsema dan lain-lain. Apabila cecair ini menjadi lebih berasid, keadaan kita akan menjadi lebih sakit dan derita seperti sakit kepala, sakit dada, sakit perut dan lain-lain.
normal-cancerous-colon
Jika darah menjadi lebih berasid, tubuh badan akan mengandungi lebih asid dan darah tidak mampu untuk mengekalkan keadaan beralkali dan menyebabkan sel-sel menjadi berasid dan kekurangan oksigen. Apabila ini berlaku secara berterusan, peratus asid dalam badan akan meningkat dan sesetengah sel mati, maka sel-sel mati ini bertukar menjadi asid. Walau bagaimanapun, sesetengah sel-sel lain boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran itu. Dalam erti kata lain, daripada mati seperti sel-sel yang lain, sel-sel itu hidup dan menjadi sel yang tidak normal. Sel tidak normal ini dipanggil sel malignan. Sel malignan ini tidak sesuai dengan fungsi otak.
CellAbnormalitiescrukmig_1000img-12350
Oleh itu sel-sel malignan ini membesar selama-lamanya dan membentuk ketumbuhan kanser. Salah satu konsep pemakanan yang paling kurang difahami ialah apakah asid dan apakah keseimbangan alkali. Sel-sel dalam badan manusia bergantung kepada pH asid-alkali yang seimbang. Jika ada cecair yang tidak normal, enzim pencernaan menjadi tidak aktif, makanan tidak dihadam dengan baik, dan tindak balas alergi boleh berlaku. Makanan terikat mikroorganisma seperti yis, bacteria, parasit, virus dan lain-lain akan dibebaskan di dalam badan yang akan meletakkan tekanan pada sistem immune.
Badan ini sebahagian besarnya terdiri daripada air, dimana ia berguna untuk membolehkan nutrien, oksigen,  dan bahan bio-kimia bergerak dari tempat ke tempat. Air boleh mempunyai ciri-ciri sama ada asid ataupun alkali yang dikira dengan skala yang dipanggil pH (potensi hydrogen), dimana pH1.0- pH6.9 dianggap berasid, pH7.0 adalah neutral dan pH7.1- pH14.0 adalah alkali. Semakin rendah nombor pH, lebih besar keasidannya dan semakin tinggi nombor pH, lebih besar kealkaliannya. Secara optimum, kita mahu badan kita dalam keadaan neutral atau alkali iaitu pH7.0-pH7.2. Dibawah pH5.3, vitamin atau mineral tidak dapat diserap ke dalam sel. Jadi untuk penggunaan maksimum dan penurunan berat badan, ia mesti berada di atas pH6.4.
Cancer_root

Adakah Air Paip Bahaya?

Tidak mungkin air paip yang kita minum selama ini merbahaya. Lagipun, air ini telah melalui beberapa peringkat rawatan dan tidak mungkin kerajaan akan membenarkan air yang tercemar masuk ke dalam rumah kita, betul?
Apa yang benar adalah air paip ini merupakan salah satu ancaman kesihatan yang paling merbahaya. Setiap tahun penyakit kanser, asma, dan masalah pembelajaran semakin meningkat kerana berkait rapat dengan punca air yang tercemar. Walaupun air paip ini telah melalui pelbagai rawatan sebelum sampai ke rumah kita, ia masih tercemar.
Ramai orang mungkin mengatakan bahawa bahayanya air paip ini hanya taktik untuk menakutkan orang ramai untuk meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang menjual produk-produk air. Namun, peningkatan besar dalam kanser dan penyakit-penyakit lain adalah berpuncanya dari kualiti air yang diminum.
yellow-tap-water-so-dirty
Berikut adalah senarai ringkas bahan yang tercemar yang berkemungkinan berada didalam paip air kita:
Klorin
Kemungkinan ini salah satu racun yang paling berbahaya yang berada di dalam bekalan air minuman kita. Penggunaan klorin ini adalah untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang lain untuk membersihkan air tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan toksik dan beracun kepada badan kita. Klorin di dalam minuman dan makanan merupakan punca utama penyakit kanser, pundi kencing, asma dan kanser payudara.
 Plumbum
Plumbum masuk ke dalam air paip kerana hakisan di dalam sistem paip rumah itu. Oleh kerana pencemaran plumbum ini berlaku selepas melalui rawatan air, jadi tidak ada cara untuk pihak berkuasa mengawal pencemaran itu. Plumbum sangat bahaya terutamanya untuk kanak-kanak dan ibu yang mengandung. Plumbum boleh menyebabkan otak yang kurang cerdas dan boleh menganggu proses pembelajaran seseorang.
 Giardia dan Cryptosporidium
Giardia dan Cryptosporidium ini adalah sejenis parasit mikroskopik yang boleh di dapati di dalam air paip. Ia merupakan protozoa yang tahan lasak dan tidak boleh dihapuskan oleh klorin. Giardia menyebabkan penyakit usus yang dipanggil Giardiasis dan Cryptosporidium bertanggung jawab dalam penyakit yang dipanggil Cryptosporidiosis. Parasit ini boleh menyebabkan penyakit gastrousus yang merupakan pendarahan di dalam perut, usus kecil, ataupun kolon.


Perbezaan Air Paip, Air R.O, Air Botol, Air Alkali

Air diakui sebagai tenaga kehidupan untuk semua hidupan. Bayangkan sebuah dunia tanpa air. Tidak dapat dibayangkan kerana tanpa air tidak akan ada kita. Tidak ada yang boleh menggantikan air yang digunakan untuk minum, mandi dan lain-lain. Bercakap tentang air, adakah anda tahu ia terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk utama air? Air ini adalah:
-Air Paip
-Air Suling dan Reverse Osmosis (R.O)
-Air Botol (Termasuk Air Mineral)
-Air Alkali
Air Paip
Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.
Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O)
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria  yang air paip ada. Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.
Air Botol ( Termasuk Air Mineral)
Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.
Air Alkali
Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air alkali yang dihasilkan.

Kenapa kita perlu minum air alkali?

Oleh kerana tubuh badan kita mengandungi 60%-70% air, tahap pH mempunyai kesan yang mendalam kepada semua kimia badan, kesihatan, dan penyakit. Pernafasan, peredaran, pencernaan, dan pengeluaran hormon berkhidmat untuk tujuan mengimbangi pH dengan mengeluarkan sisa-sisa asid dari tisu badan tanpa merosakkan sel-sel hidup.
ph-balance-right
Jika pH menyimpang terlalu jauh ke sebelah asid atau terlalu jauh ke sebelah alkali, sel-sel  menjadi diracun oleh sisa toksik mereka sendiri dan mati. Sama seperti hujan asid boleh memusnahkan hutan dan sisa alkali boleh mencemarkan tasik. pH yang tidak seimbang boleh merosakkan semua tisu badan dan boleh merosakkan urat dan arteri. Jika dibiarkan, ketidakseimbangan pH akan menganggu semua aktiviti sel-sel dan fungsi tubuh badan dari degupan jantung hingga ke otak.
Dengan makanan moden, ia benar-benar tidak mudah untuk mendapatkan makanan beralkali. Tidak semua yang sanggup untuk menukarkan makanan mereka menjadi makanan beralkali. Jadi, konsep terbaru dalam air minuman hari ini adalah air alkali.
Senarai makanan alkali :
Sangat alkali,
Lemon, tembikai, limau, mangga, betik, asparagus, bawang, jus sayur, brokoli, bawang putih, bayam, minyak zaitun, teh herba.
Alkali,
Kurma, anggur, kiwi, blueberry, epal, oren, pisang, nenas, lobak, tomato, tauhu, kismis, kacang hijau, seleri, kentang, almond, susu ibu, teh hijau, madu asli.
capture2

Bagaimana Air Kangen Dihasilkan?

Air Kangen dihasilkan melalui proses yang dipanggil elektrolisis dimana arus elektrik akan melalui air untuk memisahkan ia kepada ion positif dan negatif. Air dari paip akan melalui hos ke mesin kangen dan memasuki Kangen filter. Ia adalah penapis karbon aktif anti-bakteria yang mampu menapis klorin, karat, bakteria dan segala jenis kekotoran untuk mengekalkan kebersihan air. Dalam masa yang sama ia memelihara mineral penting dalam sumber air seperti Kalsium, Potassium, dan Magnesium. Kangen filter ini dibuat dari Negara Jepun dan berkualiti tinggi. Penapis ini boleh digunakan sehingga 3000 galon air.
Kemudian air ini akan memasuki elektrolisis chamber. Ia mempunyai solid titanium plate yang besar berbanding mesin alkaline yang lain. Plat ini berkualiti tinggi dan ia merupakan alat perubatan. Ia digunakan untuk mengasingkan ion positif dan negatif. Air yang mempunyai ion negatif adalah air alkaline dan akan mengalir melalui hos utama manakala air yang mempunyai ion positif yang merupakan air asid akan mengalir ke hos kedua.
Sila lihat gambar rajah dibawah.
how-kangen-water-is-produced

Manfaat Kangen Water & Acidic Water

Manfaat Kangen Water
Penghidratan dan Drinkability
Air Alkali adalah sumber terbaik untuk penghidratan yang sihat kerana bukan sahaja ia mempunyai rasa yang lebih baik, malah ia lebih mudah untuk diserap oleh tubuh badan. Ini meningkatkan keupayaan minuman itu dengan mengurangkan perasaan yang biasa ada ketika kita meminum air seperti loya, kembung, dan tidak sedap. Kebanyakan orang boleh merasa perbezaannya selepas meminum segelas air Kangen.
Micro Clustering
Beberapa kajian telah membuktikan satu fenomena yang dikenali sebagai “Kelompok Mikro” yang merujuk kepada struktur molekul air yang sangat kecil. Banyak manfaat telah dikaitkan dengan fenomena ini.
Neutralisasi Radikal Bebas
Air alkali membantu kesihatan organ-organ dalaman. Sebahagian daripada sebab untuk manfaat ini adalah air alkali telah ditunjukkan untuk menjadi anti-oksida yang meneutralkan radikal bebas.
Menggalakkan Pemanjangan Umur
Secara saintifiknya, air ini diiktiraf sebagai pembantu dalam kesihatan dan pemanjangan umur. Manfaat semula jadi air ini digalakkan dan dipertingkatkan oleh kealkaliannya.
Detoksifikasi
Air adalah pelarut sejagat yang tubuh badan kita bergantung untuk membuang toksin dan bahan buangan lain daripada badan Dengan negatif potensi pengurangan pengoksidaan (-ORP) dan rasa yang hebat, anda boleh bergantung kepada air alkali seperti Kangen Water untuk membantu dalam peneutralan radikal bebas dan menangani semua keperluan penghidratan badan anda.

Manfaat Kangen Acidic Water 
Pembersihan Toksik Bebas
Beberapa pengeluar membina mesin industri pelbagai guna untuk tujuan pembersihan yang menggunakan hanya air Strong Acidic sebagai ejen pembersihan. Begitu juga dengan sistem kolam renang yang menukarkan air klorin keras kepada air ion berasid untuk menjaga kebersihan kolam itu.
Kebersihan Peribadi
Air ini dikenali di Negara-negara Asia sebagai “Air Kecantikan”. Ia adalah ejen pembersihan luaran yang sangat berkesan yang digunakan untuk kebersihan diri.
Tiada Bahan Kimia 
Salah satu sebab air asid ini diguna oleh institusi-institusi seperti hospital dan perkhidmatan penjagaan adalah bahawa air asid ini tidak mempunyai bahan kimia. Air asid secara semula jadinya bebas dari fostat dan bahan cemar lain yang berisiko merosakkan dan mencemarkan segalanya.

Kenapa Kangen Water?


Rasa yang sedap, menyegarkan dan bersih
Kangen Water adalah air yang terbaik untuk diminum yang mempunyai rasa yang lebih sedap. Rasanya sangat ringan dan menyegarkan. Ia juga akan meningkatkan rasa makanan dan minum.
Keseimbangan pH badan yang berterusan
Kangen water membantu meningkatkan kealkalian tubuh badan dan melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel sihat. Sebuah badan beralkali adalah badan yang sihat.
Anti-Oksida yang kuat
Pengoksidaan berlaku secara semula jadi dalam alam semula jadi. Karat pada paip atau perubahan warna pada buah seperti epal yang berwarna coklat selepas dipotong adalah proses pengoksidaan. Pengoksidaan dalam badan dikenali sebagai penuaan ataupun mempercepatkan proses keumuran. Kangen water mempunyai anti-oksida yang kuat melebihi 6 hingga 8 kali dari teh hijau.
Detoksifikasi & Pembersihan
Apabila anda mempunyai pembentukan sisa berasid dalam badan, anda perlu mempunyai beberapa jenis ubat untuk membersihkannya dengan sendiri. Minum air Kangen adalah cara yang mudah dan semula jadi untuk membersihkan badan anda daripada kekotoran.
Mengurangkan Sakit
Sakit adalah sesuatu yang ramai orang terpaksa berurusan dengan setiap hari. Kesakitan otot, sendi dan ketegangan adalah yang paling biasa. Kangen Water boleh mengurangkan kesakitan dengan membantu badan menghidrat dengan baik dan membolehkan sisa berasid dikeluarkan.
Meningkatkan Tenaga & Mengurangkan Keletihan
Keletihan adalah tanda-tanda banda anda menjadi terlalu berasid. Apabila badan anda menjadi tapak sisa berasid, anda perlu menghapuskan sisa-sisa asid itu. Jika diambil secara tetap, Kangen water boleh membantu membersihkan sisa asid itu dan meningkatkan tahap tenaga anda.
Meningkatkan Kesihatan Keseluruhan
Kangen water dihasilkan oleh ionizers Enagic. Mereka telah diiktiraf sebagai peralatan perubatan di Negara Jepun dan digunakan di banyak hospital dan klinik kerana manfaat kesihatannya.
Mikro Berkelompok Meningkatkan Penghidratan
Kangen water adalah mikro berkelompok yang bermaksud molekul air sebenar dikecilkan dalam saiz yang membolehkan mereka untuk diserap dengan mudah oleh badan dan amat menhidratkan sel-sel.
Meneutralkan Radikal Bebas
Kangen water mempunyai ORP negative yang sangat tinggi (Potensi Pengurangan Pengoksidaan) yang menjadikannya anti-oksida yang kuat. Apabila diminum secara tetap, electron tambahan di dalam air Kangen dapat meneutralkan radikal bebas dalam badan.

Rahsia Nampak Muda Dengan Minum Air Kangen



Di bahagian kanan adalah emak yang minum air kangen manakala belah kiri adalah anak yang tidak minum air kangen

Usus Punca Pelbagai Penyakit



Dalam hitungan detik saja, Kangen Water sudah bisa mendetoks tubuh Anda. Molekul airnya yang kecil atau microclustered sekitar 4-5, memudahkan Kangen Water diserap tubuh. So, bagaimana Kangen Water Mendetoks Tubuh Anda?
1. Racun akan dibuang melalui pup atau buang air besar, air seni dan keringat Anda.
2. Jika warna buang air besar Anda hitam, itu pertanda usus Anda kotor dan Kangen Water sedang membersihkan usus Anda.
3. Menetralkan racun yang bersarang di usus yang diakibatkan oleh makanan yang Anda makan.
4. Meningkatkan fase I Oksidan enzim hati
5. Meningkatkan fase II toksin filtrasi
6. Meningkatkan perangkap ion di dalam ginjal sehingga ginjal Anda lebih sehat.

3 Ciri-Ciri Keistimewaan Kangen Water


Kangen Water mempunyai tiga ciri-ciri yang dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Tiga ciri-ciri ini adalah Anti-oksidan yang tinggi, Saiz molekul air yang kecil, dan Beralkali. Lihat video di bawah ini untuk mengetahui bagaimana tiga ciri-ciri Kangen Water ini dapat membantu dalam kesihatan.

Anti-Oksidan
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Oksidasi merupakan interaksi antara molekul oksigen dan bahan-bahan pelbagai. Dalam tubuh manusia, pengoksidaan mendorong kepada proses penuaan, menyebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kangen Water mempunyai anti-oksidan yang kuat yang membantu badan menentang radikal bebas yang merosakkan. Untuk mendapat gambaran mengenai apakah pengoksidaan dan anti-pengoksidaan, sila lihat gambar di atas, menunjukkan sebiji epal bertukar warna perang selepas dipotong dan terdedah kepada udara. Bayangkan apa yang akan berlaku pada tubuh kita jika berlaku oksidasi.
presidentus
Ini adalah gambar Encik Hironari Oshiro, CEO kepada syarikat Enagic, bersama penasihat Amerika beliau. Walaupun kedua-dua lelaki ini kelihatan seperti umur yang berbeza, biasanya pertengahan 40-an bagi Encik Oshiro dan lewat 60-an untuk penasihat Amerika, mereka sebenarnya mempunyai umur yang sama. Kedua-duanya berumur 67tahun pada tahun 2008. Kami percaya bahawa sebab Encik Oshiro kelihatan begitu baik adalah kerana dia telah minum Kangen Water ini lebih dari 20tahun.
Oksidasi tidak boleh dihentikan, tetapi beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa proses oksidasi boleh diperlahankan dengan anti-oksidan. Anti-oksidan dalam cecair boleh diukur dengan menggunakan meter ORP. Nilai positif atau +ORP adalah tidak sihat untuk anda dan membantu mempercepatkan pecahan sel-sel dan dengan itu mempercepatkan proses penuaan manakala nilai negative atau –ORP adalah sangat baik untuk kesihatan dan benar-benar akan melambatkan proses penuaan. Lebih tinggi bacaan negatifnya (-ORP) bermakna ia mempunyai anti-oksidan yang sangat kuat dimana lebih berkesan untuk pengurangan stress oksidatif dari badan anda, dan mengurangkan risiko kanser dan permulaan penyakit lain.
p2
Berikut adalah carta visual ORP (perhatikan air botol dan minuman yang lain mempunyai nilai +ORP). Walaupun air botol yang kita selalu percaya bahawa ia adalah lebih baik untuk kita, sebenarnya ia tidak. Kangen Water mempunyai anti-oksidan yang tertinggi berbanding dengan minuman lain iaitu -400 ORP. Saya telah melihat ia mencecah setinggi -800 ORP.

Saiz Molekul Air yang kecil
micro-clustering-waterp8
Lebih kecil air anda atau kurang berkelompok molekul air minuman anda, maka badan akan anda lebih mudah menyerap air itu dan lebih terhidrat. Kelompok mikro merupakan satu lagi keistimewaan Kangen Water yang hebat. Apabila air paip melalui plat platinum bersalut titanium, air akan dipecahkan daripada saiz 15-20 kelompok molekul kepada 5-6 kelompok molekul, menyebabkan badan anda terhidrat melebihi 6 kali lebih daripada air yang biasa. Oleh kerana kelompok molekul ini lebih kecil, air akan dapat diserap dan menghidrat semua bahagian-bahagian badan dengan lebih berkesan daripada air biasa. Anda boleh merasa perbezaannya pada segelas air yang pertama anda. Kelompok kecil ini juga bermakna badan anda lebih mudah menyerap mineral dalam air ini ke dalam sel-sel  anda dalam beberapa saat sahaja.

Alkali
Alkaline-Water-Property
Ciri-ciri yang ketiga adalah Kangen Water bersifat sangat alkali. Ramai di antara kita mengamalkan cara hidup yang berasid. Melalui makan makanan berasid, minum air berkabonat dan lain-lain. Gaya hidup tidak sihat ini menukarkan badan kita kepada keadaan yang berasid, dimana kita amat mudah untuk terdedah kepada penyakit.
Keseimbangan pH yang baik bertindak meneutralkan keadaan tubuh kita dan sangat penting untuk keseluruhan kesihatan tubuh kita. Air alkali diwujudkan untuk meneutralkan keasidan. Menurut ramai pakar kesihatan dan pakar nutritionist, mereka percaya bahawa tubuh badan yang berasid boleh merosakkan organ-organ dalaman dan menghalang proses mental. Tahap pH badan kita hendaklah berada pada sedikit alkali ataupun pada pH7.4 untuk memiliki kesihatan yang optimum dan terhindar dari penyakit-penyakit yang merbahaya.

Kenapa kita memerlukan air?



Air atau nama saintifiknya H2O terdiri daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen. Ia merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk kesihatan dan memastikan badan kita dapat dielakkan dari proses dehidrasi. Air mungkin ada dimana-mana tetapi kita tidak pernah mengambil berat tentangnya.
Air adalah penting untuk mekanik tubuh manusia. Badan kita tidak boleh bekerja tanpa air, seperti mana kereta tidak boleh bergerak tanpa gas dan minyak. Malah kesemua sel dan fungsi organ yang membentuk keseluruhan anatomi dan fisiologi kita bergantung kepada air untuk berfungsi.
images
Tubuh manusia boleh bertahan beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Badan terdiri daripada 50% – 70% air. Otak manusia terdiri daripada 75% air, darah 82%, dan paru-paru 80%. Walaupun hanya kekurangan 2% bekalan air di dalam badan kita, ia boleh mencetuskan tanda-tanda dehidrasi seperti kabur ingatan jangka pendek, kesukaran memberi tumpuan, dan menghadapi masalah dengan pembelajaran. Dehidrasi ringan ini juga merupakan penyebab biasa bagi keletihan di siang hari.
Badan kita tidak boleh menyimpan air, kita perlukan bekalan air yang segar setiap hari untuk menggantikan kerugian air daripada paru-paru, kulit, kencing dan najis. Jumlah air yang kita perlukan adalah bergantung kepada saiz badan, makanan harian kita dan tahap akitviti harian yang kita lakukan.
Beberapa fakta mengenai bekalan air dalam tubuh manusia :
  • Kandungan air dalam badan adalah lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita yang sama usianya.
  • Kebanyakan orang dewasa kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter air sehari. Kehilangan air dalam badan boleh meningkat dalam cuaca yang panas dan dengan senaman yang berpanjangan.
  • Orang tua kehilangan kira-kira 2 liter air sehari.
  • Kehilangan air dalam badan perlu diganti.
 Air diperlukan untuk fungsi badan manusia :
  • Mengekalkan kesihatan dan menjaga setiap sel dalam badan.
  • Menyimpan cecair aliran darah yang cukup untuk mengalir melalui saluran darah.
  • Membantu menghapuskan hasil sampingan daripada metabolisme badan, elektrolit yang berlebihan (contohnya natrium dan kalium), dan urea.
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
  • Melembapkan paru-paru dan mulut.
  • Melincirkan sendi
  • Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Melembapkan kulit untuk mengekalkan tekstur dan rupa.
  • Membawa nutrient dan oksigen ke sel-sel badan.

Tarikan Kesihatan dengan Heksagonal Kangen Water



Generasi bayi yang lahir semakin meningkat setiap tahun dan juga berjuta-juta yang telah menghampiri umur 60 tahun setiap bulan. Jadi, tidak menghairankan lagi bahawa terdapat peningkatan selari dalam penarikan kesihatan dan kesejahteraan dan juga dalam memperlahankan proses penuaan.
Menurut pakar-pakar, perubahan ketara dalam pH tubuh badan boleh menjejaskan keseluruhan kesihatan, tahap keletihan, sakit, berat badan dan prestasi sukan. Keseimbangan pH adalah penting untuk kesihatan manusia dan dapat memperlahankan proses penuaan.
Di Negara Jepun, hospital dan klinik mereka menggunakan air alkali heksagon yang dikenali sebagai Kangen Water selama 30 tahun untuk merawat beberapa keadaan penyakit. Menurut kajian saintifik yang telah dijalankan di universiti dan hospital-hospital di seluruh dunia, minum Kangen Water boleh:
  • Mengeluarkan lemak yang berlebihan dan toksik dalam badan
  • Menormalkan tekanan darah
  • Menyokong fungsi usus yang sihat
  • Menyelesaikan jangkitan saluran kencing
  • Melegakan asma dan jangkitan pernafasan yang kronik
  • Memberhentikan kebusukan yang tidak normal dalam usus gastro
  • Mengurangkan percambahan candida, kulat, dan mikroform yang tidak diingini
  • Mengurangkan kesakitan kronik
  • Meningkatkan tahap penyembuhan luka
Heksagonal Kangen Water kini boleh didapati kepada pengguna-pengguna di Malaysia. Alat perubatan yang digunakan di hospital-hospital dan klinik negara Jepun boleh dibeli untuk kegunaan di rumah. Seperti kata Dr. David Carpenter, “Saya merasakan bahawa meminum heksagonal Kangen Water adalah perkara yang paling penting seseorang boleh lakukan untuk kesihatan mereka.”

4 Kebaikan Utama Minum Kangen Water



Meningkatkan Penghidratan
stock-footage-man-drinking-water-near-window
Proses pengionan air mengurangkan saiz molekul air sehingga dua pertiga. Kelompok molekul air berubah menjadi bentuk heksagon apabila melalui proses pengionan. Lebih kecil saiz molekul air heksagon itu, lebih mudah untuk menembusi membran selular, meningkatkan pembaikan tisu dan menyingkirkan bahan buangan dalam badan. Jumlah air heksagon yang dihasilkan adalah bergantung kepada luas permukaan plat elektrolisis dan kuasa elektrik yang dikhaskan untuk proses pengionan.
Keseimbangan pH Badan
body-copy
Kangen Water meningkatkan pH air paip dengan proses pengionan atau pemisahan molekul air (H2O) yang menjadikan ion H+ (hidrogen dengan cas elektrik positif) dan OH- (hidroksil dengan caj elektrik negatif), dan juga ionik mineral beralkali. Bilangan OH- yang banyak meningkatkan penampan bikarbonat dalam darah, mengimbangi dan meneutralkan pH badan, dan mengeluarkan sisa asid dan toksin dalam badan.
Meningkatkan Oksigen Darah
17r68ka7gh65ajpg
Air Kangen yang segar mengandungi banyak ion hidroksil (OH-) yang mendermakan elektron kepada oksigen radikal bebas yang tidak stabil, menyebabkan molekul oksigen menjadi stabil. Menurut kata pakar, meminum air Kangen secara tetap akan meningkatkan jumlah oksigen yang terlarut dalam darah. Oksigen yang stabil menyebabkan mental aktif dan tubuh badan menjadi segar dan lebih bertenaga.
Meneutralkan Radikal Bebas
free-radicals
Menurut Dr. Hidemitsu Hayashi, Pengarah kepada The Water Institute di Tokyo, Jepun, “Disebabkan oksigen aktif adalah radikal bebas dan boleh merosakkan tisu normal, ia adalah penting untuk menghapuskan atau meneutralkannya sebelum ia boleh menyebabkan kerosakan pada tisu yang sihat. Jika kita dapat mencari kaedah yang berkesan untuk menghalang oksidasi tisu yang sihat disebabkan oleh oksigen aktif, maka kita dapat mencegah penyakit.”
Air Kangen mempunyai banyak ion hidroksil (OH-) yang menyediakan elektron tambahan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan di dalam badan. Air Kangen yang segar dan baru dihasilkan mempunyai ORP negatif yang tinggi (Keupayaan Pengurangan Pengoksidaan), menjadikannya anti-oksidan yang kuat dan dapat meneutralkan radikal bebas di dalam badan.