Sunday, 28 June 2015

Apakah yang terkandung di dalam air paip?

Air paip boleh mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tercemar dari beberapa sumber. Sebahagian daripada bahan tercemar ini mempunyai kesan buruk ke atas rupa, bau dan rasa air minuman itu yang berbahaya kepada kesihatan kita.
Memasak air dari paip tidaklah membersihkan air itu dan tidak juga memberi kesihatan yang baik pada kita. Ia hanya untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalam air paip itu sahaja. Tetapi, bahan-bahan pencemar yang lain seperti kotoran, bahan kimia, karat, plumbum dan lain-lain masih ada bersama-sama dengan bakteria yang telah mati.
Pencemaran alam semula jadi dari hakisan tanah dan hujan boleh mencemarkan air paip kita. Selain itu, habuk, asap dan racun dari kemudahan industri, racun daripada pertanian, dan juga sisa haiwan boleh mencemarkan air minuman kita. Contoh bahan pencemar yang mungkin berada di dalam air paip adalah,
AQUATECOCT-796x1024
Racun serangga dan Racun Tumbuhan
Pencemaran daripada kilang-kilang dan penggunaan daripada pertanian yang mampu memasuki bekalan air bawah tanah kita dengan mudah.
Baja dan Nitrat
Ianya daripada baja tanaman dan juga sisa-sisa haiwan. Nitrat ini amat berbahaya  terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia tiga bulan.

Bahan yang ditambah oleh pihak berkuasa air untuk merawat bekalan air kita adalah,
Klorin
Klorin digunakan sebagai pembasmi kuman untuk menghapuskan bakteria dan mikro-organisma berbahaya yang lain.
Fluorida
Bahan kimia yang ditambah untuk melindungi daripada kerosakan gigi.
Aluminium
Aluminium ini ditambah untuk membuat air kelihatan lebih jelas.

Bahan Pencemar Dari Paip,
Air bergerak dari loji rawatan air ke rumah kita melalui rangkaian paip, termasuk di rumah kita sendiri. Sebahagian daripada paip ini mungkin telah digunakan selama lebih 50tahun. Jadi paip ini boleh mengandungi pelbagai bahan tercemar yang boleh memasuki bekalan air kita. Antaranya ialah,
Kotoran, karat, pasir, lumpur, lumut, dan juga lendir-lendir
Bahan tercemar ini membina selama beberapa tahun dan boleh menyebabkan air yang kotor atau lebih teruk lagi. Ia akan menjadi lebih ketara apabila paip air pecah atau digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan.
Tembaga dan Plumbum
Akibat daripada paip air yang lama berkarat, paip ini terhakis dan berlaku pencemaran air yang memasuki ke dalam rumah kita. Pencemaran ini telah dikenal pasti sebagai amat berbahaya kepada kesihatan.
Parasit Tahan Klorin
Terdapat beberapa protozoa yang tidak mampu dibunuh oleh klorin. Ianya adalah Giardia dan Cryptosporidium yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan di perut jika berada di dalam badan kita.

Air Botol VS Air Paip

tap-bottled-water
Mana satu yang anda minum? Kebanyakan orang minum kedua-duanya.  Ketika keluar berjalan-jalan atau pergi ke tempat kerja, mereka lebih suka membeli air botol. Apabila berada di rumah, kebanyakannya menggunakan air paip untuk mendapatkan segelas air yang bersih. Walau bagaimanapun, tidak satu pilihan ini mungkin menjadi penyelesaian yang baik, bergantung kepada jika anda menggunakan sistem penulenan air atau tidak. Tetapi jika anda percaya bahawa air botol lebih sihat untuk anda, anda mungkin tersalah kerana air botol juga boleh tercemar.
Adakah anda tahu kandungan di dalam air botol? Tiada siapa yang harus percaya bahawa air botol dikawal dengan baik atau lebih baik untuk diminum daripada air paip. Sudah tentu ia bergantung kepada jenis air yang anda membeli dan kualiti air minuman itu.
Sesetengah orang minum air botol yang dilabelkan sebagai “Spring Water” dan menganggap air itu datangnya daripada sumber yang asli. Kebanyakan syarikat membuat air botol hanya dengan menggunakan air paip dan ada diantaranya menggunakan air Reverse Osmosis (R.O).
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa perlu membeli air botol sedangkan ia bukanlah air yang baik untuk kesihatan dan harganya juga lebih mahal berbanding air paip. Hakikatnya, air paip juga bukanlah pilihan yang baik untuk anda. Air ini dirawat dan mungkin mempunyai bahan-bahan kimia dari kilang pembuatan, toksin daripada ubat-ubatan yang dibuang, pencemaran sisa-sisa air, dan bahan-bahan kimia yang ditambah kepadanya seperti klorin yang boleh menghasilkan toksinnya sendiri.
Kesimpulannya, kedua-dua jenis air ini bukanlah pilihan yang baik. Malah ia lebih memudaratkan kesihatan. Jadi cara yang terbaik adalah mencari satu sistem yang dapat menukarkan air kepada air alkali yang bersih dan dapat menghasilkan air yang berkualiti.

Apa kata doktor tentang air Kangen ?

Dr. Hiromi Shinya, MD
shinya1
Dr. Shinya adalah seorang profesor klinikal pembedahan di Kolej Perubatan Albert Einstein di Yeshiva Universiti, Ketua Perubatan di Pusat Perubatan Beth Israel di New York, Naib Pengerusi Persatuan Perubatan Jepun di Amerika Syarikat dan juga pengarang kepada buku kesihatan nombor 1 antarabangsa “Enzyme Factor”.
Katanya, “Air adalah penting untuk kesihatan anda. Minum air yang baik terutamanya air yang mempunyai banyak kalsium dan magnesium mengekalkan tubuh anda pada pH alkali yang optimum.”
“Air alkali Kangen adalah air yang kaya (pH 8 – pH 9) , dan dianggap sebagai air minuman yang terbaik kerana kuasanya yang tiada tandingan dalam penghidratan, detoksifikasi dan anti pengoksidaan.”

Dr. Horst Filtzer, MD
doctors_horst
Beliau adalah seorang pakar bedah Vaskular, menerima ijazah MD dari Universiti Harvard pada tahun 1965. Pengerusi Jabatan di Hospital Cambridge dan Pengarah kepada Wound Care Center di Pusat Perubatan WIlayah Arizona Barat.
Kata beliau, “ Semasa saya minum Kangen Water, saya mengalami sesuatu yang tidak pernah saya alami sebelum ini, saya suka sangat. Setelah saya siasat mengenai produknya, konsep air ion, konsep pengalkalian dalam sel-sel badan, saya menjadi lebih yakin bahawa ini adalah produk yang mempunyai nilai mutlak untuk semua manusia”.
“Saya menyokong Kangen Water sebagai seorang doktor, sebagai seorang pakar bedah, sebagai seorang manusia, 100%. Saya rasa ia memberikan manfaat besar kepada semua manusia. Saya hanya mengesyorkannya dengan cara yang paling tinggi.”

Dr. Corinne Allen, MD
corinne-allen
Dr. Corinne Allen adalah seorang penyelidik antarabangsa dan pengamal kesihatan semula jadi dan nutrisi. Beliau dikenali dengan kaedah semula jadi untuk kesihatan dan merangsang perubahan kekal dalam otak dalam disleksia, ADD, autism, sindrom Asperser, masalah pembelajaran, isu-isu akademik & tingkah laku & kecederaan otak. Beliau menjalankan Advanced learning & Development Institute.
Kata beliau “Keradangan otak boleh berlaku dari banyak sebab-sebab termasuk kecederaan kepala, kelahiran pra-matang, kekurangan oksigen dan pelbagai jangkitan. Selalunya mereka yang mempunyai cabaran otak seperti autism dan Aspergers adalah kerana mereka hampir tidak meminum air setiap hari.”
“Kangen Water telah menyediakan pelanggan saya dengan sumber anti oksidan yang kuat dan penghidratan yang lebih baik. Dalam program kami, kami telah memerhatikan bahawa jangkaan terapeutik telah melebihi dengan ketara dengan penambahan Kangen Water untuk pelan rawatan.”

Dr. Dave Carpenter, ND
images
Beliau adalah ahli kepada Idaho Association of Naturopathic Physicians. Beliau kini merupakan President of the International Iridology Practitioners Association (IIPA). Beliau juga adalah ahli akupuntur berlesen dan ahli kepada Akademi Perubatan Akupuntur Antarabangsa. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Perubatan Naturopathic Amerika, Persatuan Akupuntur Idaho, ahli fakulti di Institut Kesihatan Semula Jadi Intermountain, graduan Kolej Sains Perubatan Amerika Tengah sebagai doktor perubatan Naturopathic, dan juga graduan Akedemi Antarabangsa Perubatan Akupuntur.
Kata beliau, “ Selama bertahun-tahun saya telah membeli dan menggunakan ionizer yang berbeza dari pelbagai syarikat. Sehinggalah saya diperkenalkan kepada ionizer yang dibuat oleh syarikat Enagic, saya dapati ia mampu menghasilkan air heksagon pada peratusan yang cukup tinggi sehingga hampir semua orang yang minum perasan akan perbezaannya.”
“Saya yakin bahawa meminum Kangen Water dengan jumlah yang mencukupi adalah tindakan yang pling berkesan seseorang boleh lakukan untuk kesihatan mereka.”

Dr. Otto Warburg Heinrich
warburg-pic
Beliau adalah ahli bio kimia dan juga merupakan pemenang Nobel Prize pada tahun 1931 kerana penemuannya mengenai punca kanser.
Kata beliau, “Semua sel-sel normal mempunyai satu keperluan mutlak untuk oksigen, tetapi sel-sel kanser boleh hidup tanpa oksigen . Tisu kanser adalah berasid, manakala tisu yang sihat adalah beralkali.”
“Air boleh dibahagikan kepada H+ dan OH, jika ada (jika badan itu mempunyai) akses H+, ia adalah berasid, jika terdapat akses OH-, maka ia adalah alkali.”

Badan Berasid Punca Kanser

alkaline-body
Jika keadaan cecair selular tambahan terutamanya darah menjadi berasid, keadaan fizikal kita akan keletihan, mudah selsema dan lain-lain. Apabila cecair ini menjadi lebih berasid, keadaan kita akan menjadi lebih sakit dan derita seperti sakit kepala, sakit dada, sakit perut dan lain-lain.
normal-cancerous-colon
Jika darah menjadi lebih berasid, tubuh badan akan mengandungi lebih asid dan darah tidak mampu untuk mengekalkan keadaan beralkali dan menyebabkan sel-sel menjadi berasid dan kekurangan oksigen. Apabila ini berlaku secara berterusan, peratus asid dalam badan akan meningkat dan sesetengah sel mati, maka sel-sel mati ini bertukar menjadi asid. Walau bagaimanapun, sesetengah sel-sel lain boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran itu. Dalam erti kata lain, daripada mati seperti sel-sel yang lain, sel-sel itu hidup dan menjadi sel yang tidak normal. Sel tidak normal ini dipanggil sel malignan. Sel malignan ini tidak sesuai dengan fungsi otak.
CellAbnormalitiescrukmig_1000img-12350
Oleh itu sel-sel malignan ini membesar selama-lamanya dan membentuk ketumbuhan kanser. Salah satu konsep pemakanan yang paling kurang difahami ialah apakah asid dan apakah keseimbangan alkali. Sel-sel dalam badan manusia bergantung kepada pH asid-alkali yang seimbang. Jika ada cecair yang tidak normal, enzim pencernaan menjadi tidak aktif, makanan tidak dihadam dengan baik, dan tindak balas alergi boleh berlaku. Makanan terikat mikroorganisma seperti yis, bacteria, parasit, virus dan lain-lain akan dibebaskan di dalam badan yang akan meletakkan tekanan pada sistem immune.
Badan ini sebahagian besarnya terdiri daripada air, dimana ia berguna untuk membolehkan nutrien, oksigen,  dan bahan bio-kimia bergerak dari tempat ke tempat. Air boleh mempunyai ciri-ciri sama ada asid ataupun alkali yang dikira dengan skala yang dipanggil pH (potensi hydrogen), dimana pH1.0- pH6.9 dianggap berasid, pH7.0 adalah neutral dan pH7.1- pH14.0 adalah alkali. Semakin rendah nombor pH, lebih besar keasidannya dan semakin tinggi nombor pH, lebih besar kealkaliannya. Secara optimum, kita mahu badan kita dalam keadaan neutral atau alkali iaitu pH7.0-pH7.2. Dibawah pH5.3, vitamin atau mineral tidak dapat diserap ke dalam sel. Jadi untuk penggunaan maksimum dan penurunan berat badan, ia mesti berada di atas pH6.4.
Cancer_root

Adakah Air Paip Bahaya?

Tidak mungkin air paip yang kita minum selama ini merbahaya. Lagipun, air ini telah melalui beberapa peringkat rawatan dan tidak mungkin kerajaan akan membenarkan air yang tercemar masuk ke dalam rumah kita, betul?
Apa yang benar adalah air paip ini merupakan salah satu ancaman kesihatan yang paling merbahaya. Setiap tahun penyakit kanser, asma, dan masalah pembelajaran semakin meningkat kerana berkait rapat dengan punca air yang tercemar. Walaupun air paip ini telah melalui pelbagai rawatan sebelum sampai ke rumah kita, ia masih tercemar.
Ramai orang mungkin mengatakan bahawa bahayanya air paip ini hanya taktik untuk menakutkan orang ramai untuk meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang menjual produk-produk air. Namun, peningkatan besar dalam kanser dan penyakit-penyakit lain adalah berpuncanya dari kualiti air yang diminum.
yellow-tap-water-so-dirty
Berikut adalah senarai ringkas bahan yang tercemar yang berkemungkinan berada didalam paip air kita:
Klorin
Kemungkinan ini salah satu racun yang paling berbahaya yang berada di dalam bekalan air minuman kita. Penggunaan klorin ini adalah untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang lain untuk membersihkan air tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan toksik dan beracun kepada badan kita. Klorin di dalam minuman dan makanan merupakan punca utama penyakit kanser, pundi kencing, asma dan kanser payudara.
 Plumbum
Plumbum masuk ke dalam air paip kerana hakisan di dalam sistem paip rumah itu. Oleh kerana pencemaran plumbum ini berlaku selepas melalui rawatan air, jadi tidak ada cara untuk pihak berkuasa mengawal pencemaran itu. Plumbum sangat bahaya terutamanya untuk kanak-kanak dan ibu yang mengandung. Plumbum boleh menyebabkan otak yang kurang cerdas dan boleh menganggu proses pembelajaran seseorang.
 Giardia dan Cryptosporidium
Giardia dan Cryptosporidium ini adalah sejenis parasit mikroskopik yang boleh di dapati di dalam air paip. Ia merupakan protozoa yang tahan lasak dan tidak boleh dihapuskan oleh klorin. Giardia menyebabkan penyakit usus yang dipanggil Giardiasis dan Cryptosporidium bertanggung jawab dalam penyakit yang dipanggil Cryptosporidiosis. Parasit ini boleh menyebabkan penyakit gastrousus yang merupakan pendarahan di dalam perut, usus kecil, ataupun kolon.


Perbezaan Air Paip, Air R.O, Air Botol, Air Alkali

Air diakui sebagai tenaga kehidupan untuk semua hidupan. Bayangkan sebuah dunia tanpa air. Tidak dapat dibayangkan kerana tanpa air tidak akan ada kita. Tidak ada yang boleh menggantikan air yang digunakan untuk minum, mandi dan lain-lain. Bercakap tentang air, adakah anda tahu ia terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk utama air? Air ini adalah:
-Air Paip
-Air Suling dan Reverse Osmosis (R.O)
-Air Botol (Termasuk Air Mineral)
-Air Alkali
Air Paip
Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.
Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O)
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria  yang air paip ada. Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.
Air Botol ( Termasuk Air Mineral)
Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.
Air Alkali
Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air alkali yang dihasilkan.

Kenapa kita perlu minum air alkali?

Oleh kerana tubuh badan kita mengandungi 60%-70% air, tahap pH mempunyai kesan yang mendalam kepada semua kimia badan, kesihatan, dan penyakit. Pernafasan, peredaran, pencernaan, dan pengeluaran hormon berkhidmat untuk tujuan mengimbangi pH dengan mengeluarkan sisa-sisa asid dari tisu badan tanpa merosakkan sel-sel hidup.
ph-balance-right
Jika pH menyimpang terlalu jauh ke sebelah asid atau terlalu jauh ke sebelah alkali, sel-sel  menjadi diracun oleh sisa toksik mereka sendiri dan mati. Sama seperti hujan asid boleh memusnahkan hutan dan sisa alkali boleh mencemarkan tasik. pH yang tidak seimbang boleh merosakkan semua tisu badan dan boleh merosakkan urat dan arteri. Jika dibiarkan, ketidakseimbangan pH akan menganggu semua aktiviti sel-sel dan fungsi tubuh badan dari degupan jantung hingga ke otak.
Dengan makanan moden, ia benar-benar tidak mudah untuk mendapatkan makanan beralkali. Tidak semua yang sanggup untuk menukarkan makanan mereka menjadi makanan beralkali. Jadi, konsep terbaru dalam air minuman hari ini adalah air alkali.
Senarai makanan alkali :
Sangat alkali,
Lemon, tembikai, limau, mangga, betik, asparagus, bawang, jus sayur, brokoli, bawang putih, bayam, minyak zaitun, teh herba.
Alkali,
Kurma, anggur, kiwi, blueberry, epal, oren, pisang, nenas, lobak, tomato, tauhu, kismis, kacang hijau, seleri, kentang, almond, susu ibu, teh hijau, madu asli.
capture2