
Air atau nama saintifiknya H2O terdiri daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen. Ia merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk kesihatan dan memastikan badan kita dapat dielakkan dari proses dehidrasi. Air mungkin ada dimana-mana tetapi kita tidak pernah mengambil berat tentangnya.
Air adalah penting untuk mekanik tubuh manusia. Badan kita tidak boleh bekerja tanpa air, seperti mana kereta tidak boleh bergerak tanpa gas dan minyak. Malah kesemua sel dan fungsi organ yang membentuk keseluruhan anatomi dan fisiologi kita bergantung kepada air untuk berfungsi.

Tubuh manusia boleh bertahan beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Badan terdiri daripada 50% – 70% air. Otak manusia terdiri daripada 75% air, darah 82%, dan paru-paru 80%. Walaupun hanya kekurangan 2% bekalan air di dalam badan kita, ia boleh mencetuskan tanda-tanda dehidrasi seperti kabur ingatan jangka pendek, kesukaran memberi tumpuan, dan menghadapi masalah dengan pembelajaran. Dehidrasi ringan ini juga merupakan penyebab biasa bagi keletihan di siang hari.
Badan kita tidak boleh menyimpan air, kita perlukan bekalan air yang segar setiap hari untuk menggantikan kerugian air daripada paru-paru, kulit, kencing dan najis. Jumlah air yang kita perlukan adalah bergantung kepada saiz badan, makanan harian kita dan tahap akitviti harian yang kita lakukan.
Beberapa fakta mengenai bekalan air dalam tubuh manusia :
- Kandungan air dalam badan adalah lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita yang sama usianya.
- Kebanyakan orang dewasa kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter air sehari. Kehilangan air dalam badan boleh meningkat dalam cuaca yang panas dan dengan senaman yang berpanjangan.
- Orang tua kehilangan kira-kira 2 liter air sehari.
- Kehilangan air dalam badan perlu diganti.
Air diperlukan untuk fungsi badan manusia :
- Mengekalkan kesihatan dan menjaga setiap sel dalam badan.
- Menyimpan cecair aliran darah yang cukup untuk mengalir melalui saluran darah.
- Membantu menghapuskan hasil sampingan daripada metabolisme badan, elektrolit yang berlebihan (contohnya natrium dan kalium), dan urea.
- Mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
- Melembapkan paru-paru dan mulut.
- Melincirkan sendi
- Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.
- Melembapkan kulit untuk mengekalkan tekstur dan rupa.
- Membawa nutrient dan oksigen ke sel-sel badan.
No comments:
Post a Comment